Rabu, 21 Oktober 2009

TESTIMONY


Hujung minggu lepas saya diberi kesempatan dan kelapangan oleh ALLAH mengikuti kursus 6th Sense yang dianjurkan oleh Ust. Rachmat Setiawan dari Aurashifa, Bandung Indonesia.

6th sense atau deria ke enam bukanlah deria baru, ia dimiliki semua yang bernama manusia. Ia adalah otak manusia.

Mengikut Ust. Rachmat yang merujuk kepada pakar-pakar 6th sense seperti Eric mitson dan William J Oubsy (mungkin tersilap catit) otak manusia 12% adalah minda sedar dan 88% minda bawah sedar. Minda bawah sedar ini jika digarap dengan baik maka orang berkenaan akan berjaya menggunakan 6th sensenya.

Orang yang berjaya ke subconciuos mind (SCM) mempunyai beberapa kelebihan seperti:
1. Mampu menghilangkan penyakit pada dirinya
2. Boleh melakukan perlindungan dari sebarang gangguan
3. Boleh mengatur kehidupan dengan lebih baik samada hal2 melibatkan personel, kemasyarakatan dan kewangan
4. Boleh merawat secara hypnoteraphy
5. Dapat melihat makhluk halus tanpa berkhadam atau bersaka

Mengikuti kursus seperti ini sebagai seorang perawat yang meletakan Islam sebagai landasan kehidupan termasuk hal2 rawatan tentulah pada mulanya meletakan tahap kecurigaan samada benar atau hanya suatu penipuan.... adakah ada proses attunement sepertima reiki dsb.

Ust Rachmat telah menggunakan pendekatan ESQ dalam program membuka SCM. Peserta diajak untuk berlindung dengan ALLAH dari gangguan jin dan syaitan, memaafkan semua orang yang pernah melakukan kesalahan kepada kita, mengingati dosa-dosa lampau lantas memohon keampunan dari ALLAH SWT.

Peserta diajar kaedah merehatkan diri dengan mudah dan apabila ini dilakukan maka SCM dapat dibuka.

Saya diuji oleh Ust. Rachmat dalam beberapa keadaan seperti transfer anak saya yang autism kepada diri saya dan melihat fenomena makhluk halus dibelakang seoarang peserta. Kaget juga saya apabila saya adalah anak saya dan disimpulkan kewujudan jin saka yang degil mengganggu anak saya. Ust Rachmat mengajar saya dalam kes autism kena disconect hubungannya dengan alam mereka.... bagaimana? Saya akan ajukan pertanyaan ini lebih lanjut kepada Ust. Rachmat.

Ust. Racmat meminta saya melihat di belakang salah seorang peserta yang gagal memasuki SCM. Saya melihat secara SCM kehadiran makhluk halus dalam bentuk cahaya merah panas.... apakah minda saya sudah terbuka? WALLAHUA'LAM

InsyaALLAH saya akan terus mendalami ilmu ini atas saranan Ust Rachmat kerana ia membantu saya dalam melakukan rawatan. Saya berpendapat teknik Hypnoteraphy ada kesamaan dengan teknik kembara & rawat saya (TKR) dan TKR lebih mudah daripada usha-usha menidurkan pesakit dalam hypnoteraphy. Saya akan lebih memokus kepada membuka SCM saya untuk melihat gangguan pada pesakit saya biizniLLAH.

JazakALLAH khairan katsira untuk Ust. Rachmat dan penganjur.

Keterangan lebih lanjut sila layari http://arshifa.blogspot.com/






“Individu yang dirasuk atau histeria tidak dapat dirawat hanya dengan membacakan zikir atau ayat al-Quran sebagai kaedah utama. Ikhtiar lain perlu disertakan” – pakar terapi minda Aura Syifa’ dari Bandung, Indonesia, Rachmat Setiawan.

———————————————————————————————

Aku sebenarnya agak tertarik dengan kenyataan individu ini seperti yang tertera pada artikel di Kosmo! hasil penulisan Hamzah Abdul Hamid..aku baca sampai habis artikel ini..

Berfikir aku..lama juga..nak dapat tangkap apa disebalik ayat-ayat diatas..apa yang cuba nak disampaikan oleh Rachmat..

Rachmat ini nampak gaya ye (seperti yang ditulis) tergolong dalam pakar ilmu hipnosis, kaedahnya terapi minda..caranya, dia akan membimbing pesakit untuk melawan segala bentuk gangguan makhluk halus atau sebarang sakit yang dihadapi..

Salah seroang rakannya, Noor Azizan Abdul Majid juga ada berkata, bacaan zikir dan ayat-ayat suci tidak dapat diproses oleh seseorang pesakit yang terlalu hanyut dibawa emosi akibat pengaruh ‘entiti’ tersebut.

“Ayat-ayat suci al-Quran bersifat preventif sebelum berlakunya sebarang kecelaruan jiwa yang mungkin disebabkan oleh gangguan entiti,” kata Noor Azizan

Betul apa yang dimaklumkan oleh Rachmat dan Noor Azizan..malah, melalui kaedah zikir dan ayat al-Quran, benda yang sama juga dilakukan..

Sebelum terkena, manusia perlu mendampingi al-Quran..rajin bertasbih, berzikir, bertahmid..mudah kata, macam pendinding diri..

Selepas terkena, benda yang sama juga perlu dilakukan..selain keperluan untuk pendinding diri, ia juga akan bertindak sebagai terapi minda..jiwa jadi lebih tenang, yakin, tabah, sabar, berani..dekat diri dengan agama, ingat Tuhan selalu, takkan jiwa dan minda boleh jadi serabut..melainkan buat cara salah la..

Aku pernah lihat Expose Mistik di Astro..ada satu kes di Kedah kalau tak silap..mangsanya, remaja perempuan yang ‘terkena’..entiti itu melalui dialog dengan orang yang mengubat gadis ini katanya, sukar untuk menguasai sepenuhnya remaja itu..tau apa sebabnya..remaja ini suka sangat membaca al-Quran..mudah kata, selepas berjaya disembuhkan, orang yang tukang mengubat gadis ini menyuruh dia jangan tinggalkan amalan tersebut..

Bagi sesiapa yang pernah terkena, satu ‘lubang’ akan tertinggal pada jasad..iblis dan syaitan atau makhluk-makhluk lain yang sama jahat akan memasuki lubang yang sama jika mahu melakukan perkara yang jahat..

cara untuk menutup atau menghalang daripada ‘terkena’ semula, Zikir dan al-Quran adalah teman seumur hidup..amalkan…nasihat ini pernah diberikan oleh Ustaz Rashid kepada aku..dulunya dia pegawai agama Penjara Kajang..yang juga salah seorang anak buah Profesor Harun Din dari Darul Syifa’…

Aku tidak berniat untuk mempersoalkan kaedah rawatan pakar di atas..biar dia dengan cara dia..aku tetap hormat dia..tiada salah apa yang dia cubat lakukan..

Cabuk hanya berkongsi idea saja..

Tidak ada komentar: