Minggu, 17 April 2011

Spiritual Stress Management



Stress merupakan masalah yang lazim dilalui oleh masyarakat pada hari ini. Saban hari terpampang dada-dada akhbar pelbagai kisah manusia yang kehilangan arah dan punca apabila berada dalam keadaan tertekan atau stress. Stress yang tidak dikawal dan diurus dengan baik berpotensi membawa kepada masalah yang lebih besar.

Menyedari masalah ini, Spiritual Therapy ScM Resources hadir dengan membawa solusi bagaimana menguruskan stress dengan lebih berkesan dan praktikal. Menurut trainer program ini, Pak Rachmat Setiawan, pengalamannya selama 20 tahun dalam bidang ini mendapati kebanyakan masalah stress ini berpunca daripada minda yang sudah diprogram dengan pelbagai perkara negatif.

“Apabila mereka tidak dapat mengawal stress itu, maka wujud pelbagai masalah lain. Pernah saya dipanggil ke Tanjung Lumpur untuk merawat pelajar-pelajar yang histeria. Saya dapati semuanya berpunca daripada tekanan dan stress yang tuidak terurus,” kata Pak Rachmat.

“Persoalannya, bagaimana untuk merawat dan mengawal stress dalam diri kita? Nah, di sini kami di ST-ScM bakal memberi training kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi terapis kepada diri sendiri dan orang lain,” katanya.

s/h: Keistimewaan ST-ScM

ST-ScM adalah satu program training dan treatment yang berbentuk workshop. Menariknya program ini menggabungkan konsep-konsep Barat yang sangat saintifik seperti konsep Hypnosis dan Hypnotherapy, NLP dengan konsep spiritual, intuisi yang memasukkan unsur-unsur keagamaan, islamik.

“Jika kita lihat kepada situasi di luar sana, terdapat dua golongan iaitu religious addict yang sangat kurang ikhtiarnya sebaliknya lebih banyak pasrah kepada takdir. Sebaliknya, satu lagi golongan, yang lebih moden dan kebaratan, mereka mampu mencapai sesuatu perkara itu dengan kemampuan diri sendiri, namun tanpa elemen agama dan ilahiyah diterapkan. Dari sini, kami hadir dengan satu program yang menggabungkan konsep-konsep Barat ini dengan unsur-unsur islamik agar ia seimbang dan menjadi lebih baik.

“Dengan system ST-ScM pelbagai masalah yang berhubungan dengan fizikal, minda, spiritual dan rohani dapat dengan cepat dicarikan solusi yang cepat dan tepat tanpa ada kesan sampingan,” kata Pak Rachmat.

Program Stress Management ST-ScM yang terbahagi kepada tiga modul yang berlainan iaitu;
1. ScM Spiritual Marketing
2. ST-ScM Spiritual Stress Management
3. ST-ScM Spiritual Parenting

Ketiga-tiga modul ini mensasarkan target audien yang berbeza mengikut bidang dan keperluan masing-masing. Misalnya dalam ScM Spiritual Marketing peserta bakal dilatih bagaimana menetapkan minda (mind set) dengan cara yang baik yakni dengan berdoa atau afirmasi. Ini bagi mewujudkan keseimbangan keyakinan dan keinginan mereka dalam bisnes misalnya.

Begitu juga dalam modul ST-ScM Spiritual Stress Management yakni modul yang terpenting dalam ST-ScM. Peserta bakal menyatakan masalah mereka kepada trainer. Kemudian, trainer akan memberi penyelesaian dari segi teori dan mencari punca kepada masalah tersebut.
Hubungan dua hala yang sangat interaktif ini memungkinkan peserta berasa sangat selesa sepanjang workshop berlangsung. Mereka juga akan diajar untuk menjadi terapis kepada diri sendiri, iaitu bagaimana untuk mengurus dan mengawal stress.

“Salah satu kelebihan kami dan yang membezakan kami dengan yang lain adalah penggunakan power of intuition untuk diagnosis permulaan sebuah masalah untuk seterusnya digunakan kaedah-kaedah yang sangat saintifik untuk menyelesaikan masalah tersebut,” kata ketua trainer ST-ScM ini.

Peserta yang mengikuti bengkel ini akan diberikan tips-tips pengurusan stress yang sangat praktikal dilakukan sendirian di rumah. Di samping itu, dengan kapasiti peserta dari 10 hingga 30 orang dilihat memungkinkan wujudnya suasana yang akrab antara trainer dan peserta.

Pihak pengurusan ST-ScM juga menerima tawaran untuk mengadakan training secara in-house di jabatan-jabatan atau organisasi tertentu. Modul akan dibentuk mengikut kesesuaian dan keperluan organisasi terbabit.

Bagi individu yang berminat untuk menyertai modul-modul dalam ST-ScM bolehlah menghubungi En. Farizal di talian 019-762 3960 / 03-8926 3575 atau melayari laman www.scm-13.blogspot.com


INFO- Modul-modul ST-ScM

1. ScM Spiritual Marketing
Setelah mengikuti program ini peserta memiliki kemampuan untuk :
- Mempromosikan produk dengan kos yang sangat murah
- Mengenal pasti kelemahan pesaing
- Memprogram fikiran calon pelanggan dari jarak jauh

2. ST-ScM Spiritual Stress Management
Setelah mengikuti program ini peserta memiliki kemampuan untuk:
- Mengenal pasti penyebab stress
- Mengendalikan Stress negatif menjadi Positif
- Membuat Stress dan Spiritual Therapy untuk diri sendiri dan orang lain.

3.ST-ScM Spiritual Parenting
Setelah mengikuti program ini, peserta memiliki kemampuan:
- Memperbaiki komunikasi dengan anak-anak dan keluarga
- Membaca fikiran anak-anak dan anggota keluarga lain
- Memprogram fikiran anak-anak dan anggota keluarga lain tanpa menimbulkan konflik

Kamis, 07 April 2011

DOA Untuk stress

Bismillâhir Rahmânir Rahîm
Allâhumma shalli ‘alâ Muhammad wa âli Muhammad
Allâhumma innî `abduka wabnu `abdika wabnu amatika, nâshiyatî biyadika, madhin fi hukmika, `adlun fi qadhâika. As-aluka bikulli ismin huwa laka sammayta bihi nafsaka aw anzaltahu fî kitâbika aw `allamtahu ahadan min khalqika awista`tsarta bihi fî `ilmil ghaybi `indaka an taj`alal qur’âna rabî`a qalbî wa nûra shadrî wa jalâa huznî wa dzihâba hammî.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya
Ya Allah, aku adalah hamba-Mu putera hamba-Mu, ubun-ubunku ada di tangan-Mu, berlalu hukum-Mu dan adil ketentuan-Mu. Aku memohon pada-Mu dengan semua nama yang Kau namakan pada diri-Mu atau yang Kau turunkan dalam kitab-Mu atau yang kau ajarkan pada salah seorang dari makhluk-Mu atau yang Kau berikan pengaruhnya pada ilmu ghaib di sisi-Mu, jadikan Al-Qur’an keindahan kalbuku, cahaya hatiku, penyembuh dukaku dan penghapus deritaku. (Makarimul Akhlaq: 351)